Keluarga bahagia



KEERTHANA A/L MOORTHY
15DAT16F2042


RANJANI A/P GUNALAN
15DAT16F2020


DEVENTIRAN A/L SIYAGAR
15DAT16F2014


BAKIYAH LETCHUMY A/P 
KANNAN
15DAT16F2006




KELUARGA BAHAGIA 




PENDAHULUAN

Keluarga bahagia adalah menjadi impian semua orang. Matlamat “Rumahku Syurgaku” menjadi hasrat semua keluarga. Keluarga bahagia menjadi terminal untuk membangunkan sebuah masyarakat yang sihat sama ada dalam aspek mental, fizikal, emosi mahupun sahsiah. Namun demikian, bukan semua impian untuk melahirkan sebuah keluarga yang harmoni boleh mencapai matlamat. Sekiranya semua impian boleh dicapai dengan begitu mudah, nescaya tiadalah keluarga yang pincang dan terbentur kecundang ditelan gelombang. Walaupun, tanggungjawab membangunkan keluarga yang harmoni terletak atas kebijaksanaan ibu bapa, namun anak-anak turut tidak terkecuali. Oleh yang demikian, bagi merealisasikan matlamat keluarga yang harmoni, anak-anak haruslah bersikap positif dan turut memainkan peranan agar keluarga yang dibina menjadi keluarga progresif, harmoni, dan sejahtera



CIRI - CIRI KELUARGA BAHAGIA

  • Menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna.
  • Mempunyai pendidikan yang mencukupi.
  • Mengamalkan cara hidup sihat seperti makan secara sihat,bersenam,tidak merokok dan tidur yang mencukupi.
  • Berkomunikasi dan berinteraksi secara positif.
  • Mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi.
  • Mengamalkan nilai agama dan moral.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA








 SAJAK TENTANG KELUARGA
                      Keluarga, 

                               Tidak dapat di beli dengan wang ringgit,

                                Tidak dapat di tukar ganti.



            Keluarga,
             Tempat aku menumpang kasih,
             Tempat aku mencurahkan segala masalah,
                Keluarga adalah segala-galanya buatku.

            Keluarga,
               Engkau sentiasa berada disampingku, 
                 Waktu susah dan senang di lalui bersama, 
                   Engkau yang telah mengajarku erti hidup yang sebenar.

             Keluarga, 
           Tanpanya hidupku tidak sempurna,
             Tanpanya hidupku serba kekosongan,
              Tanpanya hidupku ini tidak bermakna.



        
KESIMPULAN

Setiap ahli dalam keluarga perlulah memainkan peranan untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Sikap tolak ansur,hormat-menghormati, dan saling memahami perlu dipupuk kerana keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan maju.


Comments

Popular posts from this blog

KEMPEN ANTI DADAH